Followers

Saturday, April 23, 2011

Kata Orang tapi..


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki h

imar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati

anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”



Kesan Matahari pada Mata


Tahukah anda
, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :

* Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata

* Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari

* Kerosakan pada hujung saraf

* Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)

Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.

Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.

Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.



Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.

Hadis Pilihan 2- Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya



Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
Ibn Mas'ud r.a

Huraian

i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

(Biarkan ia Pergi jauh dari diri kita..yeaahh)

Monday, April 11, 2011

Susah Senang Dosa Pahala



Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga
kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free
bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan
free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah . Nak sewa hotel
(duit tu)... Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap² silap kena
tangkap basah. Ha... Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh
kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde
breakfast, terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat
pahala, siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu.
Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan ? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni. Tapi,
ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok, abis
kena haruk. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume
tak siap, tarik muka. Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.Allah akan mengingati hambaNya
yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek
la... Su ami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit
berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje
pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun
terabai, dunia tak gak dapat².

Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak
sibuk² tamak haloba.Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak
ko la. Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan. Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...

Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah! Hidup la ko kat
neraka. :senyum:... Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun
lebih-lebih lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam
ketakutan.Silap² kantoi, kena ganti. Tak pun... Saman court dalam...
(ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...

Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah
Allah akan sentiasa memberkati hidupnya. Mungkin dia jadik mangsa
pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat
neraka.Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan. Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak la wan hukum Allah bukan senang. Nak study tu, study nih. Carik
peguam tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.,
Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke? Banyak ooo
abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. :senyum:...
Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat MALEK. Dunia
akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...

Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini bukan yang manusia buat tapi
hukum yang turun dari langit. takde hukum lebih sempurna dari hukum²
Allah. Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak fikir² nak
rangka rang undang-undang baru. Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain tuh, hidup pun diberkati. RIDHWAN pun sedia nak sambut dengan
manis muka.Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah.
InsyaAllah.. .

Renung-renungkanlah ...

Wallahualam

Maksiat melemahkan kekuatan hati

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

Keterasingan antara Allah

Seorang yang m
elakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

Keterasingan antara manusia

Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

Allah akan menyulitkan urusannya

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

Kegelapan dalam hati

Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaata
n adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

Maksiat melemahkan kekuatan hati

Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

Malas mengerjakan ibadat

Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

Terbiasa berbuat dosa

Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan d
an kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis r
iwayat Bukhari dan Muslim)




Hadis Pilihan 1 - Keistimewaan Memeluk Islam


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

Huraian

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini aga
r mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir me
meluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.